"Aku tetap tidak peduli Asalkan aku seorang Muslim Biarpun diriku dibunuh mati Untuk Allah kematianku pasti"

AKU KETAGIH

by mujahidmuda | Friday, November 06, 2009 in | comments (0)


Sudah 5 bulan saya meninggalkan Taman Huffaz dan hidup dibumi Nilai sudah memasuki sem 2. Setiap

hari saya melaluinya dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan diri. Jiwa saya diasak dengan

perasaan ketagih. Bukan mabuk cinta, bukan ketagih maksiat atau sebagainya tapi AKU KETAGIH ILMU.

AKU KETAGIH THAQAFAH. Jiwa saya ibarat tin kosong yang berkehendak kepada substance.


Saya seorang yang pantang menjenguk kedai buku. Scholarship dihabiskan untuk buku. Setiap bulan

pasti saya membeli walau sebuah buku dan menghadiahkan kepada insane terpilih. Buku menjadi teman

setia. Harta yang paling mahal adalah buku. Satu kepuasan bagiku tatkala dapat memegang dan

berkongsi buku dengan sahabat. Kadang-kadang saya berasa cukup sedih dengan warga kampus kini.

Satu hari, saya memasuki kelas pertama Reading, Ms. Izyanie membuat survey tahap kecendurangan

student yang hobinya membaca. Cukup sedih bila segelintir kawan saya tidak minat untuk membaca.

Allah s.w.t menimbulkan persoalan kepada kita, adakah sama orang yang berilmu dengan tidak berilmu?

Satu provokasi dari Allah bagi yang beriman kepadaNya. Hati akan meronta kekeringan ilmu bila nasihat

ini menusuk qalbu.


BERSEDIALAH

“ Malik, badan Kamal tiba-tiba panas je ni..kau tolong buat air tawar atau kau bacala pape pun ayat

Quran, kau kan al-hafiz”, Solehudin minta jasa baikku..

“ Ust, ana nak tanya ckit boleh?”, salah seorang Banat bertanya. “ Dipersilakan”, aku membalas.

“ Apa hukum kalu kita tanam Pokok Durian berbajakan najis khinzir, boleh makan tak,?

“ Pernah dengar tak mana-mana ceramah yang kata, gambar manusia tak leh letak @digantung tinggi

lebih dari kepala kita jika kita berdiri, gano 2?, salah seorang adikku bertanya..


Setelah saja saya keluar dari bumi Darul Quran dan mengambil kos IRK di UIAM. Saya bertubi-tubi

ditanya perbagai soalan-soalan yang kadang-kadang agak penat untuk menjawab. Kadang-kadang

soalan yang tak tergambar dalam fikiran. Kemahiran menjawab digabung dengan thaqafah menjadi satu

strategi mendalami hati mad’u. Diatas hanya secebis soalan yang ana masih ingat.


Mereka menganggap title ‘Al-Hafiz’ mengetahui segala bidang ilmu dalam Islam. Kadang-kadang saya

agak kecewa dengan diri saya. Masih jahil dalam ilmu agama dan isu semasa. Susuk tubuh seorang

Huffaz bagaikan permata dalam masyarakat. Namun, ramai yang kurang sedar. Masih ditakuk lama.

Menimbulkan fitnah terhadap Islam dan Al-Quran.


Kenapa?


Akhlak tidak mencerminkan Al-Quran.


Hadis dari Saidatina Aisyah berkenaan Akhlak Rasululullah s.a.w sebagai Al-Quran bergerak sudah

masak kedengaran dibumi DQ. Namun hati kita ,masih menebal dengan gelapnya hati. Al-Quran masih

belum cair dibibir ditambah pula ilmu masih secetek dibawah buku lali labah-labah.


HUFFAZ TEKNOKRAT


Saya bersyukur ditempatkan bersama sahabat-sahabiah Persijilan DQ-UIAM 08/09 yang cukup

intelligent. Mereka mengajar saya dan mengubah cara saya berfikir. Tahap pendidikan mereka yang

cukup tinggi mematangkan saya untuk bekerja bersama mereka. Misi ‘ HUFFAZ TEKNOKRAT ‘ masih

belum selesai dan saya telah berjanji akan bersama mereka walau jalan saya kini dibidang Pengajian

Islam bukan dibidang Professional. Saya sering ditanya dengan soalan-soalan mencabar minda saya,

Fiqh Muasharah berkaitan ilmu perubatan dan sebagainya. Saya akan membantu anda sekalian.


ULAMA+PROFESIONAL= GENERASI AL-QURAN YANG UNIK


Kita tidak boleh berpisah!

Bicara Hati

by mujahidmuda | Sunday, October 04, 2009 in | comments (0)


Salam Perpisahan buat naqibku Abang Asyraf yang terbang merentasi dunia menjejak kaki dibumi Anbia’ terhimpunnya khazanah ilmu, syeikh & ulama terbilang bumi Mesir, bumi Nabi Musa a.s.


Tepat jam 11.30 pagi 30 Oktober 2009 sempat kami menghantar pemergiaanya bersama Sahabat Wafda yang lain walaupun terpaksa pulang lebih awal dek exam yang belum berakhir. Sahabat Wafda Azmi juga telah mengikuti jejak langkah yang sama pada 14 Oktober yang lalu. Sahabat Faiz sudah setahun disana manakala Danial di bumi Jordan.

Kini…


Wafda hanya tinggal 5 orang di Malaysia. Abang Muntaqim, Syukri, Fikri, Akmal dan aku. Walau jauh di mata tapi dunia tanpa sempadan tetap menghubungkan kami.


Selepas ini…


Sahabatku Muassirunnajah, nama usrahku di Maahad Muhammadi ( Lelaki ). Pencetus kejayaan maksudnya satu nama digelarkan kepada kami oleh naqib tercinta Abang Baharudin, Abang Nik Faisal, Abang Zuhairi & Abang Muslim.


Tanggal 5 & 15 Oktober 2009 akan datang, Sahabatku Muassirunnajah Syed, Fathi, Sofuan & Haikal juga bakal meninggalkan kami. Dulunya setiap kali musim cuti, aku banyak menghabiskan masa bersama mereka, berkongsi ilmu dari guru-guru pondok & saling muhasabah serta menajamkan basirah kami mengenal Ilahi. Tapi mereka akan pergi untuk menyambung perjuangan.


Setiap pertemuan adanya perpisahan.


Perpisahan bagiku satu bala bagi sebuah persahabatan yang diikat dengan kalimah Syahadah.


Sungguh perit untuk berpisah.


Aku teringat satu kata-kata dari sahabatku


“ Orang yang ditinggalkan tak sama orang yang meninggalkan”


Begitulah kukuhnya ikatan hati tanpa ada makna tersirat yang merosakkan ukhuwwah ini.


USRAH MELAHIRKAN INSAN REALITI BUKAN ILUSI


Usrah menajamkan mata pedang meningkatkan potensi diri. Medan usrahlah medan terbaik menanam rasa cinta akan Islam dan sangggup memperjuangkannya. Aku mengenal erti usrah sejak dibangku sekolah. Disanalah aku tau bahawa aku ialah mata rantai perjuangan yang WAJIB meneruskan amanah ini.


Usrahlah mengajar erti sanggup ditarbiah dan dididik. Membuang segala sifat ananiyah dalam diri dan bersifat Salamatu Sadri, Musawah dan Ithar terhadap saudara lain.


Disitulah dapat aku selami bagaimana kasih sayang sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban nyawa demi ukhuwwah Islamiah.


Oh sungguh indah Ikatan ini.


Aku teringat satu puisi dari Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 63:


“ Dan Allahlah yang menyatukan diantara hati mereka yang beriman, kalaulah kamu belanjakan segala harta benda di muka bumi nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka tetapi Allah jua yang menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa lagi Maha Bijaksana”

AMARAN ALLAH


Namun disebalik keindahan ini. Allah memberi peringatan buat manusia melalui firmanNYa yang berbunyi dalam Surah Az-Zukhruf ayat 67:


“ Friends on that Day will be foes one to another except those who have Taqwa.”


Allah has mentioned us, every friendship that exists for a purpose other than for the sake of Allah will turn to enmity on the Day of Resurrection, except for that which is for the sake of Allah, which will last forever. This is like the statement of Ibrahim, peace be upon him, to his people:


“ You have taken (for worship) idols instead of Allah. The love between you is only in the life of this world, but on the Day of Resurrection, you shall disown each other, and curse each other, and your abode will be the Fire, and you shall have no helper.” (29:25) ( Refer to Kitab Tafsir Ibnu Kathir )



Tersentak jiwaku terbaca tafsiran ayat ini yang dikaitkan dengan Kisah Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya. Aku cuba muhasabah diri. Tajdidkan niat kenapa aku bersahabat. Aku mendoakan agar aku dan sahabatku tergolong dari golongan yang mendapat Naungan Ilahi dimana tiada satu pun bayangan kecuali bayangan Allah s.w.t iaitu golongan yang berkasih sayang demi CintaNYa.


Ayuh sahabat-sahabiahku sekalian…


Selamilah sirah Junjungan mulia betapa hebatnya kasih mereka terhadap Baginda Nabi Muhammad s.a.q. Bukan kerana wang, pangkat, kemewahan, pengaruh, kecantikan tapi ISLAM


Ukhuwwah tanpa kefahaman akan terputus ditengah jalan.


Sedarkanlah sahabatmu


Ceritakan kepadanya


Bahawa berukhuwwah dan bersahabatlah adalah demi Islam yang dijunjung


Moga kekal abadi di Syurga nanti


Akhir kalam, renunglahlah satu kata-kata buat kita bersama:


Seorang sahabat adalah,


Seseorang yang mulia, simpati & penyayang,


Boleh diajak berbicara,


Ketik diri dilanda permasalahan.



Seorang sahabat adalah,


Seseorang yang boleh berkongsi idea & menjadi pendorong,


Seseorang yang sedia membantu,


Semasa diri hilang pertimbangan



Seorang sahabat adalah,


Seseorang yang mengambil berat,


Tentang diri sahabatnya & sentiasa cuba memahami perasaan sahabatnya,


& saling boleh percaya mempercayai..



Seorang sahabat adalah


yang sentiasa menjaga ikatan persahabatan,


& menyuburkannya dengan kasih sayang,


Seorang insan yang berhati murni


Suka duka sentiasa bersama


SUKAR DICARI HINGGA KINI..

Jom Pakat Maghi!!!

by mujahidmuda | Thursday, September 10, 2009 in | comments (0)



Program Ijtima' Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi Kelantan 2009 akan diadakan pada 4 Syawal 1430H bersamaan 23 September 2009 bertempat di Restoran Nasi Ulam, Kampung Kraftangan.

Ijtima' Aidilfitri kali ini yang berkonsepkan 'Rumah Terbuka' dijangka akan lebih meriah berbanding dengan ijtima'-ijtima' sebelum ini. Dengan tema "Aidilfitri disambut, Ukhuwwah Terbina, Bakti Terlaksana", program Ijtima' pada kali ini diharapkan mampu mengumpulkan seramai mungkin alumni-alumni Maahad Muhammadi.
Pelbagai program menarik telah dirancang. Untuk memeriahkan lagi suasana, para hadirin boleh membawa apa-apa saja juadah untuk dikongsi bersama. Sama-sama kita meriahkan Ijtima' Aidilfitri AMAL 2009. Sebarkan kepada seluruh warga AMAL.


:::Laman Rasmi Alumni Maahad Muhammadi Kelantan (AMAL) - http://amal- maahad.net

:::Laman Komuniti AMAL2005 - http://amal2005. co.cc

Islamic Writing Workshop : Titik permulaan

by mujahidmuda | Saturday, August 29, 2009 in | comments (0)

Bersyukur pada Ilahi sempat saya sempat berbengkel bersama Zakaria Sungib (Pak Ya) dan Bro. Nasri dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Islamic Writing Workshop telah dianjurkan oleh Islamic Revealed Knowledge Student Society ( IRKSS ), CFS IIUM Nilai memberi panduan dan motivasi buat saya dan rakan-rakan agar terus menceburkan diri dalam bidang pena yang mampu mencetuskan polemik jika ikut rentaknya.



Bengkel selama satu hari memberi input bermakna dan teknik bagi menghasilkan sebuah buku dikenali bestseller. Pelbagai modul telah dibentangkan seperti Warm Up ( Motivasi untuk menulis ) bagi mencetuskan kesedaran dalam kalangan peserta tentang peri pentingnya meneruskan warisan pena yang cukup tajam bagi meneruskan tradisi ulama’ dan meninggalkan legasi bermakna buat ummat.

Sejarah telah membuktikan ketajaman pena mampu menggugat sebuah kerajaan angkuh seperti hasil Prof.Dr. Burhanuddin Helmi menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan di Singapura pada pertengahan 1930an, Jose Rizal dengan Noli Me Tangere,dan saluran-saluran utama lain pada zaman penjajah menunjukkan media cetak cukup dominan dalam membangkitkan semangat inginkan kebebasan dan kemerdekaan.

Kami ditekankan mengenai persoalan nilai membaca. Seorang penulis perlu membaca sebanyak mungkin melebihi 3 kali ganda dari menulis bagi memberi input yang padat dalam penulisan. Penulis perlulah melihat kecenderungan diri terhadap sesuatu yang diminati samada novel, pengetahuan am, sejarah, keluarga, remaja dan sebagainya.



Menulis apa yang umat mahukan bukan apa pendakwah tahu ’ kata-kata dari Ust. Hasrizal Abd Jamil dalam tulisannya. Penulis juga perlu sensitif terhadap isu umat dan menghuraikan dalam bentuk penulisan. Penulis pencetus perubahan masyarakat. Ketajaman Pena merupakan salah satu bentuk pendidikan buat ummat. Malik bin Nabi dalam pemikirannya telah dihuraikan dalam sebuah buku oleh Dr. Ali Al-Quraishi bertajuk ‘ Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial’ menyentuh aspek pendidikan sebagai metod utama tercetusnya transformasi dalam peradaban umat Islam dengan terhapusnya sikap apologetik, romantisme dan lenyapnya sikap menerima penjajahan.

Modul Ke Garisan, Get Set ( Hukum Tarikan & Pelan Operasi Penulisan ) dan Go! sempat kami hadamkan. Satu simulasi menyediakan Proposal Buku juga telah dijalankan mengikut kumpulan. Kami telah mencadangkan satu buku ‘ Diari Penghafaz Wahyu ‘ mengisahkan seorang pelajar cacat penglihatan menempuh dugaan dalam menghafaz Al-Quran sehingga menimbulkan polemik masyarakat bahawa golongan OKU juga mampu dan ini tidak mustahil. Spirit iniah perlu diterapkan dalam masyarakat agar mendampingi Kalam Suci. Kami diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan proposal dalam bentuk sinopsis dan huraian penuh bab awal sebagai bukti kesungguhan kami dalam bidang penulisan.

Rindu Tidak Terbalas

by mujahidmuda | Saturday, August 22, 2009 in | comments (0)


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!

Akhirnya sudi jua engkau bertemu denganku..
Datangmu membawa seribu erti dalam hidupku..

Tanpa bayaran engkau datang jua..
Engkaulah mengajar diriku erti ' seorang hamba'..
Amalan soleh menghiasi diri..
Tunduk dan patuh amalannya..

Tapi..

Aku kebingungan..
Adakah aku menghargai kehadiranmu..

Adakah kerinduaan selama ini akan terbalas..

Atau..


Engkau pergi tanpa kata..
Menyeksa diriku lagi..
Seperti dulu..

Sedarlah wahai hamba Allah..
Hargailah kehadiran Bulan Barakah ini..
Hiasilah dengan amal soleh..
Jadikanlah medan membersih diri..
Dari dosa dan noda..
Rebutlah sekuat mungkin
Moga kita tak kan menyesal..

TAJAMKAN TARING!!

by mujahidmuda | Monday, August 03, 2009 in | comments (0)



Tarbiah begitu sinonim dengan jiwa Insan cintakan Islam. Tarbiah sungguh saintifik untuk dinilai dan diukur oleh sesiapa sahaja. Hanya analisis dan pandangan serta pengalaman dapat menjustifikasikan tahap ketajaman dan keberkesanan tarbiah sesuatu tempat dan suasana.

Cuti yang lalu sempat saya berbrainstorming bersama Pengerusi Lajnah Tarbiah AMAL, Ust.Amirudin dan sahabat sahabiah alumni bagi mengasah ketajaman tarbiah sekolah dibawah naungan AMAL, dapatlah saya kongsikan serba sedikit tanpa korbankan disiplin saya sebagai seorang ahli.

Bagi saya, tarbiah sekolah merupakan satu medan yang perlu dititik beratkan oleh semua pihak terutamanya pimpinan mahasiswa. Ini kerana, ia merupakan generator @ penggerak kepada tarbiah kampus secara reality masa akan datang. Bakat kepimpinan perlu diasah seawal mungkin agar apabila berada dikampus hanya perlu ditop-up agar terus berkembang dan menyumbang.
CINTAKAN ISLAM BENCIKAN JAHILIAH



Usia seawal belasan tahun mudah terpengaruh dengan anasir-anasir sihat atau sebaliknya. Sekolah menengah tempat berkembangnya dan berlakunya proses keremajaan dengan meningkatnya semangat inkuiri dan pendedahan alam dunia.

Disaat inilah, penerapan nilai Islam sangat perlu bagi memenuhi jiwa remaja yang kosong. Ilmu asas-asas kefahaman Islam didedahkan seperti Aqidah (Keimanan kepada Allah,Nubuwwah dan Ghaibiyat ), Kefahaman Hukum-hakam Feqah, Buah akhlak pelajar Islam. Remaja juga perlu didedahkan dengan musuh-musuh Islam samada dalam diri atau luar. Bagaimanakah melawan hawa nafsu, godaan syaitan, mukmin dengki, g0longan munafiq dan kafir serta sekutunya seperti gerakan Freemasonry, Kristianisasi dan Orientalis.

Tanamkan semangat bencikan jahiliah dari sudut aqidah, pemikiran, gaya hidup dan jahiliah masa kini khususnya dalam waqi’ negara Malaysia yang wujud kini. Dengan wujudnya 2 elemen ini remaja akan lebih mengerti kemanisan menjadi seorang muslim yang berilmu bukannya taqlid membabi buta. Penghayatan kepada Islam diserap agar ilmu bukan didalam lembaran kertas disimpan dalam fail program bahkan praktikal alam realiti.

Dengan kelengkapan asas-asas kefahaman Islam yang mantap barulah didedahkan tanggungjawab sebagai pelajar Islam dan perananya masa kini khususnya disekolah.

USAH TERGESA-GESA

Konsep tarbiah perlu relevan dengan tahap pemikiran madu. Levelnya tak boleh rendah atau sangat tinggi. Modulnya perlu sesuai dengan kelompok sasaran. Marhalah tarbiah dan sifat-sifatnya tak bolah dilanggar begitu sahaja agar keberkesanan dapat dicapai dan adik-adik tak lari dari abang-abang.

Tarbiah tak boleh melangkau tahap kampus.

Jangan dek pengalaman semuanya ingin di 'dermakan’ kepada adik-adik menyebabkan jemu dan bosan tatkala memasuki gerbang kampus. Modul dan pendekatan sama dengan sekolah. Lebih teruk lagi dengan tersimpannya perasaan balas dendam. Pengisian perlulah sesuai dengan kehendak semasa.

Tidak bertahapnya dalam tarbiah member kesan besar tatkala memasuki kampus, segelinirnya akan futur kerana bosan, kita tak nafikan factor seseorang itu menjadi futur banyak tapi kita nilai dari sudut jemaah itu sendiri. Bertahaplah agar pimpinan masa depan akan terus intima dan istiqamah disetiap medan. Saya berkata pada diri saya sendiri!


QIADAH MUFAKKIR

Lahirkan pemimpin masa depan yang mampu create new idea sesuai dengan zaman. Usah lahirkan pemimpin yang mampu manjadi seperti kerbau ditari hidung kemana sahaja. Tanpa kata-kata, membisu sahaja. Kita perlu mengasah pimpinan muda adik-adik agar terus berkembang dan matang berfikir, tidak terus mengikut warisan senior. Latihlah dengan skill kepimpinan samada sudut komunikasi pemikiran, social dan sewaktunya.
Justify Full“ Sebaik-baik manusia yang paling bermanfaat pada yang lain”

PEMIMPIN MASA DEPAN

Berfikirlah secara futuristik dalam tarbiah. Jauhkan dari jumud pemikiran dek malas membaca dan menelaah kitab-kitab. Jangan salahkan orang apabila seseorang mengeluarkan cadangan gila-gila kerana kita malas membaca! Usah menyekat daya pemikiran pemipim yang terus berkembang.

Silapnya tarbiah kita sering kali menyekat daya kemampuan seseorang yang mampu pergi lebih jauh dari pimpinan masa itu. Dek kurang mengkaji kita terus menyekat idea yan g dibawa oleh orang bawahan. Kita tak nafikan orang atasan melihat secara big picture.

Dalam tarbiah kita perlu merangka bagaimanakah perjalanan tarbiah seorang adik seawal kemasukan lagi. Menyediakan modul khas dan digroupkan agar kelebihan tersendiri sentiasa diasah dan digilap. Natijahnya, pemipin 5 tahun akan datang yang dulunya masih hingusan adalah satu barisan kepimpinan yang fleksibel dan mempunyai kehebatan tersendiri mengikut posisi yang tersusun.


PERANAN ALUMNI



Alumni cukup memberi kesan besar kepada jiwa adik-adik. Turunnya bekas pelajar bertemu dengan pimpinan cukup memberi kesan psikologi dan membangkitkan semangat mereka.

Buat bekas pimpinan sekolah yang dulunya berapi-api bercakap dihadapan, ziarah kita ke sekolah lama jangan disamakan dengan melawatnya pelajar-pelajar biasa atau best student, turunya kita ke sekolah membawa misi penyelamat adik-adik. Berkongsi pengalaman dan ilmu, tunjukkilah jalan agar mereka terus bergerak laju dan semakin hebat dari generasi sebelum ini. Jauhkan diri kita menjadi pemimpin sekolah yang kali terakhir menjejajkan kaki ketika mengambil sijil berhenti. Berilah sumbangan setakat mampu, adik-adik dahagakan nasihat dan pesanan.

Kalau yang mampu kajilah sistem tarbiah di sekolah, kajilah sistem pendidikan dan pembelajaran, kita cuba lontarkan kapada pihak pentadbir jalan mngemaskini dan meningkatkan prestasi akhlak dan akademik pelajar. Alumni bukan sekadar buat reunion, ijtima’ aidilfitri tetapi penyumbang idea utama kepada pihak sekolah melalui saluran yang betul.

Sama-samalah kita menajamkan taring Tarbiah walau dimana jua berada!!!

MUHAMMAD ABDUL AL-FATIH dalam TAHAJUD CINTA

by mujahidmuda | Tuesday, July 28, 2009 in | comments (0)

Sudah sekian lama saya tidak menggerakkan jari jemari menulis sebarang post terbaru buat tatapan sahabat. Namun dengan izinNya pada kali ini dapat saya mendisiplinkan diri dalam suasana baru setelah meninggalkan Taman Huffazul Quran lebih kurang 2 bulan lalu.


Cuti mid-term telah berlalu, banyak perkara tetap memenuhi jadual harian. Diri sudah tidak mengenal erti cuti tatkala memasuki gerbang kepimpinan namun saya cukup gembira dan bahagia dengan kesibukan dan lambakan kerja. Alhamdulillah mak ayah memahami diri saya yang tak duduk diam walaupun cuti sekalipun.


Semasa cuti sempat saya menziarahi Kota Bharu Bandar Raya Islam, satu-satunya di Malaysia. Saya tak melepaskan peluang keemasan ke Gedung Ilmu Syarikat Jaafar Rawas Sdn.Bhd, menjual kitab-kitab agama samada kitab pondok ataupun moden walaupun dengan niat sekadar window shopping melihat buku-buku terkini.


Saya bukan peminat novel tapi mata saya melulu kea rah sebuah novel bertajuk ‘ Tahajud Cinta ’. Menarik tajuknya! Hati saya tergerak untuk membongkar isi kandungnya.

Warkah kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian segala mutiara dari hasil tulisan Muhammad El Natsir berasal dari Jawa Tengah.



Tahajud senjata ampuh

Muhammad Abdul Fatih tampil sebagai hero, seorang pemandu kenderaan beroda tiga terpaksa meninggalkan alam kampus dek desakan hidup terpaksa menyara adiknya yang masih dibangku sekolah.


Seorang pemuda hatinya bersih melazimi malamnya mengabdikan diri kepada Sang Pencipta. Mengakui diri seorang hamba bergantung sepenuh padaNya. Seorang hamba yang miskin lagi faqir tidak memiliki apa-apa. Semuanya pinjaman dariNya. Namun manusia kian lupa akan segala kurniaan Ilahi. Sombong dan angkuh terhadap pemberian Tuan sendiri. Aduh! Hinanya manusia ini. Lebih hina dari haiwan berkaki empat.


Fatih menonjolkan dirinya seorang tabah dan sabar. Segala hidupnya mengharap redha ILahi. Tidak pernah dirinya meningglkan tahajud walau musibah menimpa ketika satu cubaan membunuh dirinya gagal. Senang, susah Allah bersamanya! Fatih menerima disaat Allah memberi dan Fatih pasrah disaat Allah memberi keputusan.


“Aku baru sedar dan merasakan makna dalam hadis Qudsi yang dinukilkan Rasulullah s.a.w, ‘ Apabila dia mendekat pada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya satu hasta. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. Allah juga berfirman: Dan sesungguhnya Kam menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..”


Fatih bermonolog dengan dirinya dalam kesendiriaan yang mencengkam.

Semakin diri diuji semakin diri dekat denganNya. Allah segala-galanya. Walaupun Firaun kufur pada Maha Esa, nadanya terakhir mengharapkan zat bersifat kamalat jua. Itu fitrah insani.

Tetapi kita sedih melihat manusia melempiaskan perasaan dan jiwa berkecamuk pada tempat salah. Mencari ketenangan disebalik muzik yang lalai, bergantung pada material menyelesaikan masalah.


Konsep Tawakal disalah ertikan


“ Kita study sungguh2 last kali kita solat hajatla banyak2, mitak kat Tuhan”. Monolog yang biasa kita dengar. Betul ke?? Allah letak kat mane??


Akhir sekali….




Rendahnya martabat Pemilik Sekalian Alam..

Patut ke seorang yg mengimani Allah Tuhannya, Rasulullah PesuruhNya betindak sedemikian??

Selaku muslim, kita meletakkan Allah dalam segenap hidupnya. Tatkala senang Allah dihati, ketika susah Allah sumber inspirasi. Dikala diri dihimpunkan belenggu masalah, letakkan Allah terlebih dahulu. Sebelum kita bertanya pendapat & menggunakan konsep Sunnatullah melalui talian hayat jadikanlah Allah tempat mengadu, merintih dan meminta. Mintalah dan menangislah diwaktu kita bersendirian. Bangkitlah tatkala semua manusia melayan mimpi indah. Allah Maha Mendengar. Luahkanlah segala isi hati kita, menangislah..merintihlah..kita akan rasa tenang, Indahnya hidup ini tatkala Allah dekat dihati. Ketika kita mendengar masalah, susahkah kita tunaikan hajat 2 rakaat sebelum berbincang dengan teman seperjuangan?


Itulah manifestasi Aqidah dalam kehidupan.


Saya teringat pesan Tok Guru saya yang dikenali sebagai Pok Su Hamid Gunung: “ Apa erti khatam kitab tauhid banyak-banyak, fasih dalam syarah satu persatu sifat 20 tapi hati tak pernah merasai kewujudan Allah” Begitulah kata-katanya yang mengetuk pintu hati saya tatkala jiwa berkecamuk. Kata-katanya cukup menginsafkan diri. Madrasah penuh barakah tempat saya charge iman ketika dosa menjadi amalan.


Apa erti Allah bersifat dengan sifat Wujud kalau kita tak merasai Allah itu Wujud, hati tak pernah gentar melakukan maksiat, tidak mengenal erti Taqarub ila Allah dan MuraqabatiLLah. Kita biarkan buku menjadi ‘alim tapi empunya buku terus kejahilan dan kemaksiatan.

Konsep tawakal sebenarnya kita meletakkan Allah sebelum, ketika dan akhir dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Dekatkanlah diri kita kepada Allah Maha Pengampun dosa hamb-hambaNya. Jadilah seorang pemimpin sufi lagi haraki dalam mengembalikan maruah umat Islam kian dihina oleh musuh-musuh Allah.


Moga perkongsiaan ringkas ini memberi faedah buat sahabat-sahabat seperjuangan.


ETILISMA : Virus ukhuwah

by mujahidmuda | Monday, March 16, 2009 in | comments (0)


Bersyukur diberi peluang oleh ILAHI dapat jugaku mencoret sedikit perkongsian pada kali ini setelah tertangguh dengan kesibukan dan masalah yang important & urgent. Jiwa dan hati kian diasak bertubi-tubi dengan ujian perasaan yang menguji ketabahan dan kesabaran diri. Namun Allah menjadi tempat pergantungan yang terbaik selain sokongan dari rakan-rakan dan adik-beradik usrah seperjuangan. Oh indahnya hidup ini memiliki teman sejati. Teman sejati teman dikala senang dan susah. Bukan senang mencari teman sejati tanpa kita menjadi teman sejati. Salamatu Sadri method pertama terbinanya bibit-bibit ukhuwah disamping Seek first to understand then to be understood untuk membentuk nilai kefahaman.




Erti sebuah persahabatan

Kita asyik menyebut mengenai ukhuwwah. Cuba saudara/ri menjawab persoalan ini.

Apa itu ukhuwwah?

“Bagaimana kita mahu menghasilkan ukhuwwah?”

“Soalnya, apakah kita boleh bezakan di antara ukhuwwah dan bukan ukhuwwah?”

“Apakah ada ukhuwwah yang bukan ukhuwwah?”,


Ukhuwwah satu perkara yang cukup subjektif dan tak boleh diukur, adakah kita mampu mengatakan kitalah satu golongan yang mantap ukhuwwah. Sejauhmana nilai iman dan aqidah meresap dalam perhubungan kita. Adakah kita bersahabat dengan mempunyai agenda sulit dan berpura-pura. Tepuk dada Tanya Iman. Ukhuwah yang sebenar lagi hakiki ukhuwah yang didasari keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Cukup dengan keimanan sahaja kita mampu membina ukhuwwah yang utuh sebagaimana hebatnya Cinta para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w . Kerana ukhuwwah dan keimanan para sahabat sanggup berkorban apa sahaja. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang kutinggal buat keluargaku, itulah kata-kata Saidina Abu Bakar r.a tatkala laungan jihad Perang Tabuk berkumandang, harta,pangkat dan darjat tidak dijadikan halangan untuk meneruskan perjuangan Islam. Tahap Ithar para sahabat tak dapat ditandingi memang betullah kata Kekasih Allah sebaik-baik kurun adalah kurunku sehingga digelarkan Jilul Quran Al-Farid. As-Syahid Syed Qutb pernah menyebut dalam karyanya yang tidak asing lagi bagi aktivis Islam berjudul Ma’alim Fi Thoriq bahawa generasi AlQuran yang unik tak akan lahir selepas zaman Rasulullah s.a.w. Betapa hebatnya para sahabat menerima Al-Quran untuk diimplementasikan tanpa ragu-ragu. Semuanya itu disebabkan rasa kasih dan ukhuwwah berpaksikan keimanan kepada Allah. Tidak mengenal berlainan bangsa, warna kulit, background family, pangkat dan darjat semuanya bersatu dibawah naungan iman dan Islam. Indahnya Islam agamaku!!!

ETILISMA???

“ Jangan tertipu dengan ukhuwwah”, pesan Pengerusi Lajnah Tarbiah AMAL padaku sewaktu menjadi Programmer Program QTC adik-adik MML,MMP dan MMPP cuti semester lalu. Ku terpaku tidak mengerti apa yang diucapkannya. “Kita menyatakan ukhuwwah kita mantap tapi kenapa banyak masalah yang tak dapat disettelekan”,abangku ini memulakan langkah provokasi padaku dan adik-adik. Aku mengangguk tanda mengiyakannya. Abang Najmul Khairi ini melebarkan bicaranya mengenai faktor-faktor kegagalan berdakwah kerana wujudnya etilisma dalam berukhuwwah. Apa itu etilisma dan apa kaitannya dengan kegagalan kerja-kerja Islam dan virus ukhuwwah???. Coretan pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai etilisma secara ringkas.

Etilisma merupakan suatu fenomena yang mengangkat keistimewaan diri di atas perbuatan memandang rendah terhadap orang lain. Elitisma atau exclusiveness dalam fikiran, gaya hidup dan pergaulan inilah penyumbang besar kepada rosaknya nilai ukhuwwah yang disemai melalui proses Tarbiyah. Penyakit hati ini tak mengenal mangsa lebih-lebih lagi golongan yang dikatakan thiqah dan baik. Virus ini merebak berpunca dari sikap ukhuwwah berpaksikan taasub kumpulan bukan diatas indicator iman. Ukhuwwah hanya berlegar dalam skop kumpulan itu sahaja dengan menafikan saudara seIslam yang lain. Maka berlakunya satu fenomena kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan sahaja. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika ia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut. Tiada kemesraan di antara insiders dengan outsiders.

KEGAGALAN DAKWAH

Sikap etilisma ini akan menyebabkan berlakunya golongan yang terasing dari dakwah Islam. Dakwah hanya berlegar pada golongan tertentu sahaja manakala sebahagian yang lain diabaikan. Sikap pendakwah yang memiliki keegoan dan merasa diri cukup hebat menyebabkan gerakan dakwah semakin lari dari mad’u dan dijauhi. Semuanya berpunca dari sikap dan nilai seorang daie. Semuanya berkisar dalam aspek akhlak para pendakwah. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, tiada guna berilmu tapi tidak berakhlak, tiada guna masyi Al-Quran tapi buruk tingkah lakunya. Kita hayatilah kata-kata Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w dengan bermadah Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran. Hindarilah dari agama Islam difitnah dan dicop dengan tasawwur yang bertentangan dek akhlak kita yang rosak. Seorang mukallaf pernah ditanya kenapa masuk Islam. Beliau menjawab aku masuk Islam kerana agama Islam, bukan melihat tingkahlaku orang Islam. Aku tak akan masuk Islam jika aku melihat umat Islam. Jauh berbeza dari landasan agama Islam sebenar. Fenomena Islamfobia kadang-kadang lahir dari sikap umat sendiri, berpunca dari sikap. Cuba kita selidiki kenapa non-Muslim fobia terhadap Muslim??? Renung-renungkanlah....

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

ISLAM : Detoxification Process

by mujahidmuda | Monday, March 16, 2009 in | comments (0)


Sebelum kita membicarakan mengenai detoxification process yang yelah direformasikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada masyarakat Jahiliah dengan membawa AlQuran yang telah mendapat ratifikasi dari Sang Pencipta adakah kita mengerti dan bersyukur nikmat ini yang membezakan kita antara ISLAM, KUFUR dan HAIWAN. Islam ibarat cahaya menyuluh kegelapan masyarakat arab Jahiliah yang hadhari dari sudut material namun badawi dari sudut rohani. Islam datang dengan hujah dan dalil menyangkal iktikad jahiliah. Tapak bersemainya Islam disemenanjung tanah Arab menyingkap 1001 rahsia waima dari sudut geografi ataupun penduduk.


Proses detoksifikasi yang diimplementasikan ke atas manusia memberi impak maksimum dengan melahirkan generasi Jilul Quranul Farid. Datangnya Islam mengubah gaya hidup masyarakat Jahiliah masa itu sehingga lahirlah golongan seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar AlKhatab, Saidina Ali, Saidatina Khadijah, Saidina Bilal, Saidatina Sumayyah dan ramai lagi mewakili kelompok masing-masing. Bersemainya Islam dalam lubuk hati para sahabat disebabkan faktor keimanan dan kecintaan kepada Allah dan KekasihNya. Masa kini proses yang masih dijalankan semakin hari sinar Islam kian menyerlah di sebelah Barat khususnya. Mereka tidak lagi yakin dengan teori-teori seperti Teori Evolusi Darwin & Sistem Buatan Manusia seperti sistem Kapitalis, Sosialis dan komunis ditambah pula gejala negatif, keruntuhan rumahtangga kian membarah.

Berdasarkan fakta kes selepas berlakunya Tragedi 11 September 2001, Jocelyn Wiener dalam St. Petersburg Times melaporkan, “ Setiap tahun lebih kurang 20 000 orang memeluk Islam di Amerika.” Dan banyak lagi fakta yang membuktikan Islam semakin diterima dinegara Barat. Proses menyahtoksikkan sakibaki Jahiliah yang dijalankan bermula dengan marhalah Makiyyah iaitu mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik sehinggalah sampainya wahyu agar Daulah Islamiah ditegakkan di Madinah Al-Munawwarah maka disitulah marhalah Madaniyyah. Jiwa Rasulullah s.a.w kian diasak bertubi-tubi tidak cukup dengan itu nyawa dijadikan taruhan. Itulah sunnah perjuangan wahai Tentera-tentera ALLAH!!! Usah bilang mengenai perjuangan & jihad andai hatimu dipenuhi rasa cinta akan dunia dan takutkan mati!!



Dalam secebis ruangan ini, saya ingin menimbulkan persoalan kepada sahabat dan sahabiah, adakah kita salah seorang Scientis yang akan memastikan detoxification process ini terus dijalankan kepada umat manusia dalam erti kata lain apa sumbangan kita agar Islam terus didaulatkan??? Ideologi AKU TIDAK PEDULISME kian membarah dijiwa umat Islam. Isu Palestin, Krisis kerajaan Perak, jarum-jarum Sisters in Islam dan banyak lagi tidak diambil kisah oleh masyarakat. Islam agama peduli!!! Buktinya terlakar dalam Al-Quran mengenai konsep hablun mina nas dan konsep ta’awun dalam perkara kebaikan. Masyarakat bertikam lidah dalam bab furu’ dan khilaf, isu ta’adud jamaah, saling tuduh menuduh yang akhirnya isu kebejatan sosial remaja, masalah huffaz, jarum-jarum Yahudi terus diabaikan. Yahudi bergelak ketawa kerana misi Protokolnya berjaya, Theodore Hertz tersenyum lebar. Siapa yang rugi???

Dalam kita membicarakan mengenai Ideologi AKU TIDAK PEDULISME ini dalam waqi’ Darul Quran, virus ini merebak dek hati tidak suka terhadap usrah. Memang usrah dilihat satu perkara yang simple tetapi disitulah akan terbentuknya jiwa-jiwa yang peduli dan sensitif terhadap isu umat Islam. Ini benar!!! Kita lihatlah golongan agama satu ketika dulu di alam kampus, seorang yang tidak komit akan usrah apabila berada dikandang masyarakat mereka tidak bisa untuk menyebarkan dakwah. Ilmu hanya disampaikan di sekolah-sekolah sahaja bukan untuk masyarakat, mengajar hanya medan bekerja bukan berdakwah bukan medan Fi sabilillah. Apabila gaji overtime tidak dihulurkan tiadalah kerja diluar waktu pejabat. Ini realiti berlaku di kalangan golongan agama khususnya yang anti persatuan dan kerja-kerja tarbiah tanpa gaji. Sedarlah wahai Jiwa-jiwa Islam, Islam tidak memerlukan kamu tapi Kamu memerlukan Islam..Tarbiah tidak mencari kamu tapi kamu perlu mencari tarbiah. Indahnya tarbiah mendidik kita menjadi Individu muslim yang pro aktif dan tidak jumud.

Akhir kalam, saya menyeru rakan-rakan marilah sama-sama kita bina rabitah hati, mengisi fitrah insani, merai cinta Nabi,meraih cinta Ilahi...Slm ukhuwwah ke medan perjuangan!!!

Kematianku

Semakin Tua

Hebatnya

Panji Islam

Jom sembang


ShoutMix chat widget

Seorang Insan

My Photo
mujahidmuda
SK Pauh Lima (1997-2002) Maahad Muhammadi Lelaki (2003-2007) Darul Quran JAKIM-Persijilan Tahfiz ( 2008-2009) IIUM Nilai (2009-Sekarang)
View my complete profile

Followers